Tak terasa, musim Raya dah hampir ke penghujung. Kuih raya pun dah tinggal serdak, jemputan rumah terbuka pun makin reda. Tapi dalam sibuk kita bergambar, balik kampung dan layan rendang, pernah tak kita terfikir – apa sebenarnya yang masih kekal dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, dan apa pula yang makin dilupakan?
Dalam artikel kali ni, jom kita imbas kembali. Kita tengok balik amalan dan aktiviti yang masih dihargai dan dihidupkan hingga ke hari ini. Mana yang patut kita teruskan, mana pula yang wajar kita hidupkan semula.
Soalan Popular:
Macam mana cara sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia?
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan solat sunat Aidilfitri, ziarah keluarga dan jiran, pemberian duit raya, serta pelbagai juadah tradisional disediakan seperti ketupat dan rendang. Ia juga merangkumi amalan bermaafan dan tradisi balik kampung yang penuh nilai kekeluargaan.
Tujuan dan Makna Hari Raya
Bukan semua sambutan ada makna yang mendalam. Tapi sambutan Hari Raya Aidilfitri ni lain macam sikit. Ia bukan sekadar cuti panjang atau baju baru tapi simbol kemenangan selepas sebulan mengawal nafsu, memperbanyakkan ibadah, dan mendidik jiwa.
Aidilfitri juga adalah ruang untuk kita kembali kepada nilai asal: kesyukuran, silaturahim, dan pengampunan. Itulah sebabnya ia kekal kuat dalam budaya kita. Secara tak langsung sambutan Hari Raya Aidilfitri menjadi medium penting untuk kita hayati nilai kemanusiaan dan keagamaan secara serentak. Ia adalah satu refleksi bukan sekadar perayaan.

Amalan Hari Raya yang Wajib Diketahui
Membayar Zakat Fitrah
Sebelum azan Subuh 1 Syawal berkumandang, umat Islam wajib menunaikan zakat fitrah. Ia adalah salah satu bentuk amalan Hari Raya yang membersihkan puasa dan membantu golongan kurang berkemampuan merasai nikmat Aidilfitri bersama.
Hari ini, pembayaran semakin mudah—boleh bayar melalui portal zakat negeri, e-wallet dan aplikasi bank. Tapi nilai spiritualnya tetap sama: berkongsi, memberi, dan menyucikan diri. Dan amalan ini terus menjadi komponen penting dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Takbir Raya dan Solat Sunat Aidilfitri
Tiada yang lebih menggamit jiwa dari takbir malam raya. Bila suara takbir mula kedengaran dari masjid, hati kita automatik rasa tenang. Rasa puas. Rasa sayu. Amalan ini menjadi titik fokus dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri di seluruh dunia Islam.
Pagi raya pula dimulakan dengan solat sunat Aidilfitri—satu ibadah yang bukan hanya menunjukkan syukur, tapi menyatukan seluruh komuniti. Dari orang muda hingga warga emas, semua duduk satu saf. Inilah roh sebenar sambutan Hari Raya Aidilfitri—ia satukan kita dalam doa dan pengharapan.
Memakai Pakaian Baru

Walaupun nampak remeh, memakai pakaian baru pada pagi raya adalah simbol permulaan yang bersih. Ia adalah visual kepada hati yang telah dibersihkan sepanjang Ramadan.
Dan ya, trend sedondon satu keluarga masih hidup dan sihat!
Ada yang siap tempah awal-awal, ada yang last minute beli online.
Yang penting, moment tu—pakai baju baru, ambil gambar satu keluarga, dan rasa satu kebanggaan kecil kerana kita meraikan hari kemenangan ini dengan penuh gaya dan rasa syukur.
Tradisi Hari Raya yang Kekal & Semakin Dilupakan
Walaupun banyak perkara berubah, ada tradisi dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri yang masih kuat kedudukannya dalam masyarakat. Tapi pada masa yang sama, ada juga yang makin pudar ditelan masa.
Tradisi yang Masih Kekal
Sebahagian besar sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia masih mengekalkan tradisi lama yang penuh nilai kekeluargaan.
Balik Kampung
Walaupun jalan jem, tol penuh sesak, minyak naik – tradisi balik kampung tetap hidup. Sebab bagi kebanyakan orang, bukan raya namanya kalau tak bersalam dengan mak ayah depan pintu rumah kampung.
Ia bukan sekadar aktiviti fizikal. Ia ritual yang bawa kita pulang ke akar umbi – tempat kita membesar, tempat kenangan terbentuk. Tradisi Hari Raya Aidilfitri yang satu ni mungkin perlukan sedikit pengorbanan, tapi nilai emosinya memang tak ternilai.

Kunjung-Mengunjung
Ziarah saudara-mara, jiran tetangga dan rakan lama masih kekal sebagai simbol silaturahim. Walaupun ada yang kata “generasi sekarang lebih suka WhatsApp daripada datang rumah”, hakikatnya ramai masih meneruskan tradisi ini cuma dalam skala yang lebih kecil dan terancang.
Yang menariknya, gaya kunjung-mengunjung pun dah berubah. Tetamu bukan je dijamu dengan kuih raya, tapi juga minuman yang lebih moden dan sihat. Antara yang jadi pilihan sekarang? Spritzer Sparkling. Ia bukan sahaja nampak kemas bila dihidang dalam gelas ais, tapi juga beri rasa segar terutamanya lepas makan juadah berat macam rendang atau lodeh. Satu cara mudah nak impress tetamu, tanpa perlu masakan tambahan.

Spritzer Sparkling memberi sentuhan moden dalam jamuan Raya.
Rasa ringan & menyenangkan selepas juadah berat. Tak perlu masakan tambahan untuk buat tetamu rasa dihargai.
Pemberian Duit Raya
Ini mungkin tradisi paling dinanti… oleh kanak-kanak! Sampul hijau, biru, kuning—tak kisah warnanya, yang penting isinya. Tapi pemberian duit raya sebenarnya lebih dari sekadar “bonus raya”. Ia adalah simbol kasih sayang, tanda berkongsi rezeki, dan cara kita mengajar nilai memberi sejak kecil.
Ada juga yang dah mula guna e-wallet dan QR code, tapi selagi ada isi dalam sampul , budaya ni masih hidup dan terus dihargai.

Tradisi Yang Semakin Pupus
Sebahagian daripada keindahan sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah tradisi kecil yang dulunya meriah, tapi kini makin senyap. Mungkin sebab teknologi atau mungkin sebab gaya hidup kita dah banyak berubah. Tapi bila dikenang balik, rasa rindu tu memang kuat.
Kad Raya Fizikal
Satu masa dulu, peti surat penuh dengan kad raya warna-warni. Ada yang ada lagu bila dibuka, ada yang bau wangi. Nama penerima ditulis tangan, siap dengan ucapan panjang lebar. Kadang-kadang, siap ada sajak atau pantun.
Tapi sekarang? Orang lebih suka hantar sticker WhatsApp, IG story, atau forward e-card. Praktikal? Ya. Tapi tak sama feel dia. Tradisi ini mungkin makin pupus, tapi siapa tahu dengan sedikit usaha, kita boleh hidupkan semula budaya aktiviti tradisional Hari Raya ni, walaupun sekadar satu kad untuk orang paling kita sayang.
Pasang Pelita

Cuba tanya budak sekarang, berapa ramai yang tahu macam mana nak cucuk pelita minyak tanah? Atau yang pernah bakar buluh lemang sambil pelita terangi halaman?
Dulu, pelita dipasang sepanjang malam raya, menerangi rumah kampung dan menjadikan suasana lebih hidup. Tapi hari ini, pelita diganti dengan lampu LED dan lampu jalan. Mudah, cepat, dan selamat.
Tapi ada sesuatu yang hilang—suasana. Pelita adalah antara elemen visual yang memperindah sambutan Hari Raya Aidilfitri, terutama di kawasan kampung.
Ia bukan sekadar cahaya. Ia simbol kemeriahan. Dan bila tiada lagi pelita, suasana sambutan hari raya Aidilfitri pun rasa kurang ‘bernyawa’.
Tunggu Pengumuman Raya di TV
Ingat lagi zaman kita duduk depan TV malam 29 Ramadan, tunggu pengumuman daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja? Masa tu debar dia macam tunggu keputusan peperiksaan. Bila dia sebut “Dengan ini, saya mengisytiharkan…” — satu rumah bersorak!

Sekarang? Kita dapat tahu dari Twitter/X. Atau mesej WhatsApp yang bocor lebih awal. Cepat, ya. Tapi rasa thrill tu dah hilang.
Ini antara contoh amalan Hari Raya yang dulu merapatkan seluruh keluarga—duduk sekali, tunggu berita penting. Dan ia kini tinggal memori.
Gotong-Royong Masak Lemang & Ketupat
Dulu, seminggu sebelum Raya dah mula sibuk. Beli buluh lemang, kutip daun palas, dan satu kampung akan masak bersama. Anak-anak tolong basuh beras. Orang dewasa jaga api. Sambil masak, sambil sembang, sambil gelak.
Tapi sekarang, ramai pilih jalan mudah—beli yang dah siap. Tak salah, cuma kita kehilangan momen kebersamaan tu. Sebab gotong-royong ni bukan pasal makanan je. Ia tentang nilai, kenangan, dan hubungan.
Kalau boleh, hidupkan semula walau sekali setahun. Bukan sebab nak buat semua benda cara lama, tapi sebab rasa ‘raya’ tu datang dari pengalaman—bukan semata-mata hasil akhir. Gotong-royong sebegini lah yang menyemarakkan semangat dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri.
- Balik kampung walaupun jauh dan sesak
- Kunjung-mengunjung jiran dan saudara
- Pemberian duit raya kepada kanak-kanak
- Solat sunat dan takbir malam raya
- Gaya moden dengan Spritzer Sparkling
Tradisi Ikonik Mengikut Generasi
Setiap generasi ada cara tersendiri dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dari baju, ke lagu, ke suasana rumah, semuanya mencerminkan zaman dan gaya hidup mereka. Tapi walaupun cara berbeza, niat tetap sama—nak sambut kemenangan dengan penuh rasa syukur dan kasih sayang.
Tradisi Zaman Dulu (Baby Boomers & Gen X)

Kalau tanya mak ayah atau atuk nenek kita, mereka akan cerita panjang tentang kemeriahan raya dulu-dulu. Seminggu sebelum Syawal, rumah dah berbau biskut. Langsir ditukar. Tikar anyam digosok. Dan paling best, semua benda dibuat sendiri—dari baju sampai ke kuih.
Raya dulu penuh dengan gotong-royong. Tak kira besar atau kecil rumah, semua orang main peranan. Tetamu datang tanpa perlu dijemput rasmi. Rumah terbuka bukan event Facebook, tapi tradisi semula jadi.
Dan yang paling penting – raya dulu-dulu kita tiada kekangan masa. Tak terlalu sibuk dengan telefon. Tak tergesa-gesa. Semua orang betul-betul ‘hadir’ secara fizikal dan emosi.
Tradisi Gen Y & Z – Apa Yang Berubah?
Zaman sekarang? Lebih ringkas, lebih digital. Namun begitu, sambutan Hari Raya Aidilfitri tetap diraikan dengan cara yang tersendiri oleh generasi muda.
Kuih raya mungkin beli online, kad raya diganti dengan story IG, dan playlist Aidilfitri pun ada versi Spotify. Tapi itu tak bermaksud nilai tradisi hilang—ia cuma berubah bentuk.
Generasi muda lebih mementingkan gaya hidup sihat, visual yang cantik, dan pengalaman yang mudah. Sebab tu, masa jamu tetamu, mereka lebih cenderung pilih minuman seperti Spritzer Sparkling—sejuk, ringan, dan sesuai dengan trend moden. Ia bukan sekadar air, tapi sebahagian daripada identiti sambutan raya versi baharu.

Walaupun gaya sambutan dah berubah, semangat Aidilfitri masih ada. Yang penting ialah niat kita untuk menyambut dan menghargai makna hari raya—tak kira kita lahir tahun 60-an atau 2000-an.
Apa yang Patut Dikekalkan untuk Generasi Akan Datang?
Kita tak boleh hentikan masa. Tapi kita boleh pilih apa yang kita nak bawa ke depan. Dalam dunia yang makin laju, makin digital, dan makin sibuk—nilai-nilai dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri perlu kekal. Tradisi seperti memasak bersama dan bersilaturahim patut kekal sebagai tunjang utama sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Teruskan amalan bermaafan, ziarah keluarga, dan memberi. Hidupkan semula aktiviti kecil yang beri makna besar – solat berjemaah, atau sekadar duduk borak tanpa gangguan skrin. Dan kalau kita boleh adaptasi dengan cara baru, kenapa tidak?
Sediakan minuman moden seperti Spritzer Sparkling, pakai baju sedondon, rekod video TikTok, tapi dalam masa yang sama—peluk mak ayah dengan penuh ikhlas. Raya bukan tentang pilihan gaya. Ia tentang rasa. Dan selagi rasa itu kekal… Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan sentiasa relevan dan dihargai.