Cuti itu bukan sekadar lepas penat kerja. Ia peluang untuk reset minda, recharge semangat dan sudah pasti untuk penuhkan galeri dengan gambar yang lawa-lawa. Tapi sayangnya, ramai antara kita yang terlepas peluang untuk betul-betul nikmati moment bila kita cuti-cuti Malaysia sebab beberapa kesilapan kecil yang selalu kita ulang.
Kadang-kadang, kita terlalu fokus nak kejar tempat viral sampai lupa tujuan sebenar cuti-cuti Malaysia iaitu untuk tenang, untuk rasa budaya baru, dan untuk reconnect dengan diri sendiri. Kalau tak dirancang dengan betul, percutian boleh jadi lebih stres daripada hari biasa.
Sebelum kita sembang pasal kesilapan tu, jom kita ingat balik kenapa ramai orang pilih cuti-cuti Malaysia sebagai pilihan utama.

Apa Bestnya Bercuti Dalam Malaysia?
Setiap Negeri Ada Tarikan Tersendiri
Tak payah pergi jauh, dekat-dekat pun dah macam rasa kat luar negara. Nak suasana ala New Zealand? Pergi je ke Kundasang, Sabah. Nak vibe Europe? Jom ke Bukit Tinggi. Hutan, pantai, bandar moden, kampung tradisional, semuanya ada.
Dan makanan… haaa, bab ni memang Malaysia juara. Dari nasi kerabu di Kelantan, cendol durian di Melaka, sampai laksa sarang burung di Perlis, setiap negeri ada signature tersendiri. Cuti-cuti Malaysia memang tak lengkap tanpa jelajah citarasa tempatan. Dalam satu trip mesti tak cukup masa nak rasa semua!
Tak Payah Tunggu Musim
Inilah antara sebab utama kenapa cuti-cuti Malaysia jadi pilihan ramai. Negara kita ni dianugerahkan dengan cuaca yang konsisten. Panas, lembap, dan mesra pelancong sepanjang tahun. Tak perlu tunggu musim panas, musim bunga atau musim luruh.
Bila cuti datang, terus boleh plan! Cuma satu je perlu ingat: walaupun cuaca cantik, kalau tak jaga hidrasi masa travel boleh jadi letih dan mood swing. Tapi jangan risau, nanti kita sentuh sikit pasal tu dalam bahagian kesihatan ya.
Kesilapan Paling Biasa Yang Selalu Berlaku
1. Pilih Masa Tak Sesuai – Musim Hujan atau Waktu Puncak
Ramai yang terlepas pandang aspek cuaca dan waktu puncak bila buat plan cuti-cuti Malaysia. Bila pergi masa musim hujan, aktiviti outdoor seperti snorkeling, hiking, atau jungle trekking memang automatik terbatal.
Kalau pula bercuti masa cuti umum pula, bersedialah hadap jem, harga melambung dan tempat sesak. Padahal, dengan sedikit perancangan awal, kita boleh pilih waktu yang lebih tenang dan selesa.
Tip mudah? Semak kalendar cuti sekolah dan laporan cuaca sebelum booking.

2. Tak Buat Kajian Tentang Tempat yang Nak Dilawat

Tak semua tempat sesuai untuk semua orang, dan itulah pentingnya buat research dulu. Kadang-kadang tempat viral kat media sosial nampak menarik, tapi realitinya mungkin overrated atau kurang sesuai dengan bajet dan minat kita.
Contohnya, ada tempat yang tak sesuai bawa warga emas atau anak kecil walaupun nampak cantik. Bila tak tahu apa nak jangka, mood boleh rosak bila dah sampai sana.
Jadi sebelum bertolak, luangkan sikit masa baca review, blog travel atau tanya orang yang pernah cuti-cuti Malaysia di situ.
3. Salah Pilih Pengangkutan – Bayar Lebih Padahal Ada Pilihan Murah
Bila tak kaji betul-betul, kita mudah bayar lebih untuk pengangkutan yang sebenarnya ada alternatif lebih murah. Contohnya, dari airport ke hotel naik Grab terus, padahal ada shuttle bas atau tren yang lebih jimat.

Dalam percutian panjang pula, kos-kos kecil ni boleh jadi besar. Di tambah pula kalau travel dengan family atau group besar; silap-silap boleh lari bajet cuti-cuti Malaysia kita.
Tipsnya, rancang pengangkutan awal, bandingkan harga, dan tengok kesesuaian ikut lokasi cuti-cuti Malaysia anda.
4. Tak Sediakan Duit Kecil – Susah Nak Bayar di Gerai atau Kampung
Walaupun sekarang zaman e-wallet dan QR Pay, ada banyak tempat di kawasan kampung yang masih perlukan duit tunai. Bila kita cuma ada RM50 atau RM100, peniaga kecil memang susah nak tukar.
Akhirnya kita sendiri yang kena lepaskan peluang beli makanan sedap atau barang menarik. Jadi sebelum gerak untuk cuti-cuti Malaysia anda, tukar siap-siap duit kecil dan bawa syiling kalau boleh. Ia nampak remeh, tapi sangat memudahkan sepanjang trip.
5. Jadual Terlalu Padat – Letih Sampai Tak Enjoy
Kadang-kadang kita terlalu semangat nak cover semua tempat dalam satu trip. Bangun awal, berkejar ke sana sini. Balik hotel pun dah tak larat nak mandi. Cuti-cuti Malaysia yang sepatutnya santai terus jadi macam kerja.
Bila badan penat, mood pun hilang. Nak bergambar pun senyum macam dah tak ikhlas. Sepatutnya, plan santai-santai dan beri ruang untuk rehat. Cara macam tu lebih memberi kepuasan jangka panjang.
6. Tak Jaga Hidrasi – Cuaca Panas Tapi Air Pun Tak Bawa
Cuaca Malaysia yang panas dan lembap boleh buat kita cepat lesu kalau tak cukup air. Tapi ramai yang tak ambil berat. Dah haus baru sibuk cari air. Kadang-kadang tak jumpa kedai pun.
Jadi untuk pastikan badan kekal segar dan aktif, pastikan anda sentiasa bawa air sendiri. Air mineral seperti Spritzer Sparkling memang pilihan ideal. Ia ringan, mudah dibawa, dan dapat membantu mengekalkan kesegaran sepanjang hari.
Lagipun bila dah terlalu penat, memang kita akan craving air bergas yang sejuk dan menyegarkan yang ada rasa ‘kick’ sikit. Spritzer Sparkling adalah jawapannya tapi dengan cara yang lebih sihat dan guilt-free.
Minum air dengan rasa fizzy tak semestinya kena berkompromi dengan kesihatan!
Cuaca panas boleh buat cepat letih. Kekal bertenaga dengan Spritzer Sparkling – ringan, menyegarkan, dan lebih sihat dari air gas biasa.
Pastikan bawa Spritzer Sparkling dalam setiap trip!
7. Terlupa Spray Halau Serangga Bila Masuk Hutan

Malaysia memang kaya dengan lokasi semula jadi macam hutan lipur, air terjun dan ladang teh. Serius best untuk tenangkan fikiran. Tapi tempat macam ni pun memang port kegemaran nyamuk dan serangga lain.
Kalau terlupa bawa spray halau serangga, memang silalah bersedia jadi ‘buffet’ berjalan. Gatal, merah, dan terus hilang mood nak enjoy aktiviti. Benda kecil je, tapi sangat penting. Jadi masukkan dalam checklist travel korang!
8. Tak Berani Cuba Masakan Tempatan
Bila cuti-cuti Malaysia, salah satu benda paling best ialah makanan. Setiap negeri ada rasa dan cara masak yang berbeza. Tapi ramai yang end up makan benda yang dah biasa macam nasi goreng kampung, ayam goreng, atau fast food sebab takut tak kena selera.
Padahal kalau cuba sikit je dulu, boleh jadi jatuh cinta dengan masakan daerah tersebut. Lagi rugi kalau pergi jauh-jauh tapi tak rasa pun signature dish tempat tu.
Cuti-cuti Malaysia ni bukan saja untuk tengok tempat baru, tapi juga rasa budaya baru, dan makanan adalah sebahagian besar daripadanya.

9. Pakai Kasut Tak Sesuai
Mungkin nampak bergaya dalam gambar, tapi kasut yang tak sesuai boleh buat kaki sakit, melecet, atau lebih teruk…tergelincir! Bayangkan jalan jauh di tempat bersejarah atau naik tangga di air terjun tapi pakai kasut tumit tinggi. Memang menyesal tak sudah!
Sakit kaki memang boleh rosakkan keseluruhan percutian. Bawalah sekurang-kurangnya dua pasang kasut: satu untuk jalan jauh, satu untuk situasi santai.
Selesa dulu, baru boleh enjoy setiap aktiviti.
10. Tak Ada Plan B Bila Cuaca Tak Menentu
Walaupun kita dah plan cantik-cantik, hujan tetap boleh turun tiba-tiba. Kalau semua aktiviti hanya outdoor, memang akan terduduk termenung dalam bilik hotel. Di sinilah pentingnya ada Plan B. Buatlah aktiviti dalam bangunan, muzium, kafe, atau galeri seni contohnya.
Bila ada alternatif, mood cuti-cuti Malaysia tetap on walaupun cuaca off. Flexibility dalam itinerary ni kadang-kadang lagi penting dari plan asal!
Nak Travel Selesa? Badan Kena Sihat Dulu
Percutian yang best bukan sekadar tentang tempat yang kita lawat, tapi juga macam mana kita rasa sepanjang trip tu. Bila badan sihat dan bertenaga, barulah kita boleh betul-betul menikmati pemandangan, aktiviti dan makanan tempatan tanpa rasa lesu atau bad mood.
Ramai orang terlalu fokus pada susun itinerari. Nak cuba masukkan sebanyak mungkin tempat dalam satu hari. Tapi kalau fizikal tak bersedia dan mental pun tak cukup tenang, semua yang dirancang boleh jadi hambar.
Jadi sebelum mula cuti-cuti Malaysia, pastikan badan dan minda kita pun ‘on mode travel’ dulu.
Rancang dengan Bijak
Cuti-cuti Malaysia tak semestinya kena kejar semua tempat dalam satu hari. Kadang-kadang momen paling berharga datang bila kita ambil masa untuk rehat dan nikmati suasana. Rancanglah dengan bijak. Bukan sekadar destinasi, tapi juga waktu untuk recharge. Bila jadual santai dan badan cukup rehat, barulah setiap detik percutian terasa puas dan bermakna.
Selain jadual, keperluan badan pun jangan diabaikan. Perkara kecil seperti lupa minum air atau makan lewat boleh ganggu mood satu trip. Sebagai langkah mudah, pastikan anda bawa Spritzer Sparkling, air mineral berkarbonat semula jadi yang bukan saja menyegarkan tapi juga bantu kekalkan hidrasi sepanjang hari.



