Cara Menghilangkan Rasa Letih dan Lesu Ketika Travel

Badan lenguh, mata berat, dan kepala rasa kosong, padahal baru je sampai destinasi.

Ramai orang ingat travel ni seronok semata-mata, tapi realitinya, keletihan fizikal dan mental boleh buat pengalaman tu jadi hambar. Satu perkara yang ramai tak sedar: keletihan semasa travel bukan sekadar “penat duduk lama”. Ia melibatkan sains; dari gangguan jam biologi, dehidrasi, hinggalah kekurangan oksigen dalam badan.

Berita baiknya? Ada banyak cara menghilangkan rasa letih dan lesu semasa travel yang mudah yang terbukti secara saintifik. Anda boleh amalkan terus dalam perjalanan seterusnya.

Kita kupas satu-satu dengan gaya santai tapi berfakta. Jom mula!

Cara Menghilangkan Rasa Letih dan Lesu

Apa Punca Utama Keletihan Semasa Travel?

Setiap kali kita travel, tak kira jauh atau dekat , badan akan melalui pelbagai tekanan yang kita mungkin tak sedar. Bukan hanya dari segi fizikal, tapi juga mental dan biologi dalaman.

Untuk kita tahu cara menghilangkan letih dan lesu ketika travel, kita kena faham dulu apa sebenarnya punca utama yang buatkan badan cepat penat. Dan percaya lah, kadang-kadang benda yang nampak remeh itu lah yang paling besar kesannya.

(1) Perjalanan Jauh Tanpa Rehat

Salah satu punca paling biasa tapi sering diabaikan ialah perjalanan panjang tanpa rehat. Bila kita duduk terlalu lama, aliran darah jadi perlahan, otot jadi tegang, dan otak kurang oksigen.

Tak hairanlah kalau kita rasa lesu walaupun tak buat aktiviti berat. Cara menghilangkan rasa letih dan lesu dalam situasi macam ni?

Berhenti seketika setiap 1–2 jam untuk regangan ringan atau keluar dari kenderaan. Walau 5 minit, ia boleh bantu segarkan semula sistem badan.

(2) Kekurangan Air dan Nutrisi

Bila kita travel, kita selalunya minum kurang air terutamanya kalau kita risaukan tandas atau tak nak kerap berhenti. Tapi dehidrasi ringan pun cukup untuk buatkan kita cepat penat dan lesu.

Tambah pula kalau kita skip makan atau makan makanan segera saja.

Cara Menghilangkan Rasa Letih dan Lesu

Untuk cara menghilangkan rasa letih dan lesu, pastikan anda minum air mineral secukupnya (bukan sekadar air kosong), dan ambil makanan ringan yang kaya dengan elektrolit atau vitamin B.

(3) Perubahan Zon Masa (Jet Lag)

Kalau anda pernah travel ke negara dengan perbezaan masa yang besar, mesti tahu betapa peritnya jet lag. Jam dalaman kita jadi keliru ; rasa mengantuk waktu siang, dan segar bugar waktu malam.

Perubahan ni menyebabkan keletihan mental dan fizikal, susah fokus dan emosi pun jadi tak stabil.

Salah satu cara menghilangkan rasa letih dan lesu akibat jet lag ialah mula ubah waktu tidur secara berperingkat 2–3 hari sebelum perjalanan, dan dedahkan diri kepada cahaya matahari sebaik tiba

(4) Tidur Tidak Berkualiti di Tempat Asing

Tak semua orang boleh tidur lena atas katil hotel, dalam flight, atau rumah homestay. Suasana baru, bising, cahaya, suhu yang tak biasa, semua ni boleh mengganggu kualiti tidur.

Bila kita tak cukup deep sleep, badan tak sempat pulih

Jadi, cara menghilangkan rasa letih dan lesu akibat tidur terganggu termasuklah guna eye mask, ear plug, atau essential oil untuk membantu badan kita relaks.

Sesetengah orang juga bawa bantal sendiri untuk rasa lebih selesa.

(5) Faktor Usia dan Tahap Kecergasan Semasa Travel

Umur dan tahap kecergasan fizikal juga memainkan peranan besar. Mereka yang jarang bersenam atau sudah berusia lebih cenderung rasa letih lebih cepat. Ini kerana otot, jantung dan sistem pernafasan memerlukan usaha lebih untuk mengadaptasi semasa travel.

Jadi, cara menghilangkan rasa letih dan lesu dalam kes ini ialah dengan membuat persediaan awal. Mula berjalan lebih kerap sebelum travel, amalkan pemakanan seimbang, dan jangan lupa bawa ubat jika perlu.

Cara Menghilangkan Rasa Letih dan Lesu Semasa Travel

Sekarang kita dah tahu apa yang jadi pada badan masa travel, tibalah masanya untuk fokus pada solusi. Jangan risau, ada banyak cara menghilangkan rasa letih dan lesu semasa travel yang mudah dan praktikal .

Tak perlu ubat atau produk mahal pun. Yang penting, kita kena faham apa yang badan perlukan dan bertindak sebelum keletihan tu ‘menyerang’. Kadang-kadang dengan perubahan kecil pun dah cukup untuk kekal segar dari mula sampai hujung destinasi.

(1) Regangan & Pergerakan Ringkas Dalam Kenderaan

Duduk terlalu lama dalam kereta, bas, atau kapal terbang boleh buat otot tegang dan aliran darah jadi perlahan. Hasilnya? Badan mula rasa berat, kepala pun jadi pening.

Antara cara menghilangkan rasa letih dan lesu semasa travel yang paling cepat ialah dengan buat regangan ringkas setiap satu atau dua jam. Tak perlu bangun pun tak apa. Anda boleh pusing bahu, regangkan leher, dan gerakkan kaki secara perlahan-lahan.

Gerakan kecil ni boleh membantu aktifkan semula peredaran darah dan kurangkan kekejangan otot.

(2) Teknik Pernafasan Untuk Ketenangan & Tenaga

Ramai tak tahu bahawa cara kita bernafas juga mainkan peranan dalam tahap tenaga. Bila kita stres semasa travel (contohnya stuck dalam trafik atau rushing ke gate airport), pernafasan jadi pendek dan laju.

Ini buatkan badan kurang oksigen dan cepat letih. Salah satu cara menghilangkan rasa letih dan lesu semasa travel yang jarang dipraktikkan ialah teknik pernafasan dalam.

Cuba tarik nafas perlahan-lahan selama 4 saat, tahan 4 saat, dan lepaskan selama 6 saat. Ulang 5 kali ; anda akan rasa lebih tenang dan segar.

(3) Pilih Minuman Yang Membantu Pemulihan Badan

Minuman yang anda pilih semasa travel boleh jadi penyelamat atau penyumbang kepada rasa lesu. Elakkan minuman manis berlebihan dan kafein yang tinggi kerana ia boleh buat anda dehidrasi tanpa sedar.

Sebaliknya, salah satu cara menghilangkan rasa letih dan lesu semasa travel ialah dengan minum air mineral berkualiti yang mengandungi elektrolit semulajadi seperti magnesium, kalsium dan silica. Mineral-mineral ini penting untuk fungsi otot, keseimbangan bendalir dalam badan, dan menyokong proses pemulihan tenaga.

Spritzer Sparkling
Minuman Bijak Semasa Travel

Elakkan kafein dan gula berlebihan semasa travel. Pilih air mineral berkualiti dengan magnesium, kalsium & silica untuk bantu pemulihan badan dan kekal bertenaga.

Ingin sesuatu yang menyegarkan? Spritzer Sparkling menghidrat dan menyegarkan, dengan sensasi berkarbonat semula jadi tanpa tambahan gula.

Jika anda perlukan sesuatu yang menyegarkan tapi masih sihat, air mineral semula jadi berkarbonat seperti Spritzer Sparkling, boleh menjadi pilihan bijak. Ia bukan sahaja menghidrat, malah kandungan silica semulajadinya turut menyumbang kepada fungsi badan yang lebih efisien semasa perjalanan jauh.

Dengan sensasi berkarbonat yang ringan dan menyegarkan, setiap tegukan bukan saja dapat menjadi cara menghilangkan rasa letih dan lesu, malah beri rasa ‘pick-me-up‘ yang sesuai untuk perjalanan panjang dan cuaca panas.

Dan bonusnya? Rasa segar tu memang boleh bantu pulihkan ‘mood’ sepanjang trip!

Sains Di Sebalik Keletihan Semasa Travel

Travel jauh boleh buat badan kita masuk ‘survival mode’ tanpa kita sedar. Duduk terlalu lama, tekanan udara dalam kapal terbang, dan kekurangan tidur semuanya boleh ganggu aliran darah, kurangkan oksigen ke otak, dan buat otot cepat letih.

Sebab itu kadang-kadang kita rasa berat kepala, susah nak fokus atau tidur tak lena masa perjalanan.

Salah satu cara menghilangkan rasa letih dan lesu semasa travel ialah dengan faham keperluan tubuh terhadap air, elektrolit dan mineral. Badan perlukan magnesium, sodium, dan potassium untuk kekal bertenaga.

Minum air kosong saja mungkin tak cukup. Pilih air mineral semulajadi seperti Spritzer Sparkling yang mengandungi silica semulajadi, bukan sahaja membantu hidrasi tapi juga sokong proses pemulihan sel dan fungsi badan sepanjang perjalanan.

“Bila badan letih, minda pun susah nak menikmati pemandangan. Hidrat dan pulihkan tenaga – kerana perjalanan yang indah bermula dari tubuh yang sihat.”

Cara Menghilangkan Rasa Letih dan Lesu Paling Efektif

Kalau nak kekal segar semasa travel, makanan dan minuman yang anda pilih memang memainkan peranan penting. Air biasa memang boleh hilangkan dahaga, tapi untuk menjadi cara menghilangkan rasa letih dan lesu, air mineral semulajadi yang kaya dengan elektrolit seperti kalsium, magnesium dan silica adalah pilihan terbaik.

Selain itu, buah-buahan tinggi air seperti tembikai dan oren membantu menambah glukosa secara semulajadi, manakala makanan berprotein ringan seperti telur rebus atau kekacang boleh membantu mengekalkan rasa kenyang tanpa membuat perut terasa berat.

Gabungan pemilihan makanan dan hidrasi yang betul ini bukan saja dapat mengelakkan keletihan tetapi juga mengekalkan mood dan stamina sepanjang perjalanan. Bila tubuh dapat apa yang ia perlukan, barulah setiap detik travel jadi lebih selesa dan menyeronokkan.