10 Trik Hilangkan Rasa Muak Lepas Makan Hidangan Berat

[blocksy-content-block id=”2891″]

“Orang Malaysia suka makan – itu fakta. Tapi lepas kenduri, buffet hotel, atau sesi makan besar dengan lauk-pauk pekat dan berlemak… perut mula ‘memberontak’. Rasa kenyang pun tak sempat nak di nikmati lama, tiba-tiba saja datang satu perasaan: rasa muak.”

Rasa muak atau rasa mual ni boleh jadi gangguan kecil atau tanda badan kita perlukan rehat dan keseimbangan. Jangan risau, ada banyak cara mudah dan semulajadi yang boleh bantu hilangkan rasa tak selesa tu. Jom kita tengok kenapa rasa mual tu berlaku, dan apa yang kita boleh buat untuk atasinya.

Kenapa Kita Rasa Muak Lepas Makan?

Rasa muak atau mual ni bukan semata-mata sebab makan terlalu banyak. Ia boleh jadi tindak balas semula jadi badan bila sistem pencernaan terlebih beban. Bila kita suap nasi tambah kali ketiga, atau habiskan kuah kari sampai licin, badan mula beritahu: “Cukup lah tu.”

Rasa mual tu datang bila perut dah ‘overload’, hormon pencernaan tak seimbang, atau darah terlalu tertumpu kat perut. Malah, stres pun boleh jadi punca. 

Apa yang kita makan, macam mana kita makan, dan bila kita makan – semuanya memainkan peranan.

Punca utama rasa muak selepas makan banyak

Salah satu sebab paling biasa kita alami rasa muak lepas makan ialah makan terlalu cepat. Bila kita makan laju, perut tak sempat hantar signal ke otak untuk kata “Aku dah penuh.” Akibatnya, kita pun terus makan sampai rasa terlalu kenyang. 

Tambah pula dengan pilihan makanan yang terlalu berminyak, bergula atau tinggi karbohidrat ringkas – perut pun jadi letih untuk menghadamnya. 

Makanan berlemak seperti rendang atau gorengan akan buat perut bekerja lebih keras dan perlahan, sekali gus menyebabkan rasa berat dan muak. 

Semua ini akan membuat sistem pencernaan bekerja lebih masa, dan itu yang menimbulkan rasa muak atau kadang-kadang mual. Jadi bila dah tahu punca, barulah senang untuk kita cari penyelesaiannya.

10 Trik Mudah untuk Hilangkan Rasa Muak

[blocksy-content-block id=”2894″]

Kalau anda tengah alami rasa mual lepas makan, jangan risau – ada banyak cara sebenarnya yang boleh bantu meredakan rasa tersebut dengan cepat dan selamat. 

Semua trik atau cara dalam senarai ini senang untuk diamalkan; tak perlukan makan ubat pun. Kadang-kadang, kita cuma perlukan perubahan kecil pada tabiat makan atau minuman yang betul untuk membantu sistem pencernaan kembali tenang. 

Jom kita cuba satu persatu.

(1) Minum air kosong untuk bantu pencernaan

rasa muak

Air kosong adalah penyelamat nombor satu bila perut rasa penuh atau tak selesa. Ia membantu melancarkan proses pencernaan dan menyeimbangkan cecair dalam perut. 

Bila anda rasa muak atau mual, cuba minum segelas air kosong perlahan-lahan. Jangan terus teguk laju-laju, itu hanya akan menambahkan ketidakselesaan. Minum sikit demi sikit untuk membantu perut menyingkirkan lebihan makanan dan kurangkan rasa mual tanpa ganggu sistem penghadaman anda.

(2) Minum air Spritzer Sparkling untuk kesegaran segera

Air berkarbonat ringan seperti air mineral Spritzer Sparkling bukan saja menyegarkan, tapi boleh bantu membangkitkan semula sistem pencernaan yang lemau selepas makan berat. 

Buih halus dalam air sparkling boleh membantu mengeluarkan angin dalam perut, jadi rasa muak pun akan cepat reda. Lebih padu rasanya kalau ia disimpan sejuk – memang akan rasa lega bila minum.

Yang menariknya, minuman ni memang tak mengandungi gula, jadi perut anda takkan terbeban selepas minum.

[blocksy-content-block id=”2912″]

(3) Ambil minuman masam seperti lemon atau cuka epal

Minuman masam boleh membantu merangsang penghasilan enzim pencernaan, sekaligus mempercepatkan proses penghadaman makanan. Perahan lemon dalam air suam, atau satu sudu cuka epal organik dicampur air kosong pula boleh membantu menghilangkan rasa muak dengan cepat. 

Rasa masam itu ibarat ‘reset button’ pada lidah dan sistem penghadaman kita. Tapi jangan ambil terlalu banyak ya – cukup sekadar rasa.

(4) Minuman khas untuk membantu penghadaman

Kadang-kadang, badan memerlukan bantuan tambahan. Minuman khas seperti air infused halia, jintan manis, atau campuran rempah herba boleh membantu meredakan rasa muak dengan berkesan.

Ia bukan sekadar sedap dan menyegarkan, tapi memang terbukti dari dulu lagi sebagai penawar semula jadi untuk mual dan rasa berat selepas makan. Anda boleh cuba buat sendiri di rumah atau beli versi ready-to-drink di farmasi.

(5) Kunyah buah segar seperti epal atau oren

Buah segar kaya dengan enzim semula jadi dan serat yang membantu proses penghadaman. Kalau anda rasa muak, cuba kunyah beberapa hiris epal atau oren.

Asid semula jadi dalam buah ni boleh meneutralisasikan rasa loya dan beri rasa bersih dalam mulut. Selain tu, tekstur buah yang rangup juga membantu untuk merangsang air liur – satu lagi cara badan kita mengurangkan rasa muak dengan cara semula jadi.

(6) Minum teh herba seperti teh halia atau peppermint

Teh herba memang terkenal sebagai penenang untuk perut yang ‘meragam’. Teh halia, contohnya, membantu buang angin dan kurangkan mual, manakala peppermint beri kesan menyejukkan dan segar. 

Bila anda mula rasa muak lepas makan berat, secawan teh herba suam tanpa gula mungkin pilihan terbaik. Hirup perlahan-lahan sambil tarik nafas. Ia boleh meredakan bukan saja perut, tapi juga minda.

(7) Ambil makanan ringan yang neutral seperti biskut tawar

Kadang-kadang, perut memerlukan sesuatu yang ‘kosong’ untuk stabil semula. Biskut tawar, roti putih tanpa jem, atau nasi kosong boleh menyerap lebihan asid dalam perut dan mengurankan rasa muak yang melampau.

Jangan ambil makanan yang terlalu manis atau pedas – nanti lagi teruk anda rasa. Fokus pada makanan ringan yang neutral, cukup untuk memberi perut ruang ‘bernafas’ semula.

(8) Berkumur atau gosok gigi untuk segarkan mulut

Rasa muak juga boleh berpunca dari kesan lemak atau bau makanan yang masih tertinggal dalam mulut. Kadang-kadang, dengan hanya berkumur air garam atau gosok gigi pun cukup untuk menyegarkannya semula.

Bila mulut rasa bersih, otak kita pun hantar signal yang lebih tenang pada badan. Trik simple ni sangat membantu kalau anda tak boleh menelan apa-apa lagi sebab terlalu mual.

(9) Cuba hirup sup jernih untuk membantu pencernaan

Sup jernih seperti sup ayam atau sayur tanpa santan boleh memanaskan perut dan melancarkan semula penghadaman. Haba dari sup dapat membantu melonggarkan ketegangan otot perut, dan cecairnya memberikan semula hidrasi.

Kalau anda rasa muak, jangan terus makan berat – mula dulu dengan sup suam. Ia lembut pada perut, dan boleh menjadi langkah pertama untuk meredakan rasa tak selesa dengan perlahan.

(10) Bergerak atau berjalan sekejap untuk elak kekenyangan melampau

Duduk terlalu lama selepas makan boleh membuat perut rasa semakin penuh dan akhirnya muak. Cuba bangun dan berjalan perlahan selama 10–15 minit.

Pergerakan ringan dapat mengalirkan darah dan menyokong sistem pencernaan tanpa memberi tekanan tambahan.

Jangan terus baring lepas makan, itu antara punca utama rasa muak semakin teruk. Gerak sedikit pun sudah cukup untuk memberi perut ruang bekerja dengan lebih efisien.

Berjalan seketika selepas makan membantu proses penghadaman dan boleh mencegah masalah kembung perut serta ketidakhadaman.

Dr. Niket Sonpal, Pakar Gastroenterologi

Cara Terbaik Untuk Atasi Rasa Muak

Untuk mengelakkan rasa muak lepas makan, amalkan tabiat makan secara lebih berwaspada. Tak perlu ubah semuanya sekaligus, cukup mulakan dengan langkah kecil. Bila pencernaan dijaga, rasa muak pun boleh dielak tanpa perlu bergantung pada ubat.

(1) Ambil hidangan dalam kuantiti kecil

Makan terlalu banyak dalam satu masa boleh membuat perut rasa berat dan akhirnya timbul rasa muak. Kuantiti kecil memberi ruang pada perut untuk menghadam dengan lebih tenang.

Tip mudah: guna konsep suku suku separuh, kunyah perlahan, dan berhenti sebelum terlalu kenyang.

(2) Minum air suam/ Spritzer Sparkling sebelum makan untuk bantu rasa kenyang

Segelas air sebelum makan boleh mengawal selera dan mengelakkan dari terlebih makan. Air suam memanaskan sistem pencernaan, manakala Spritzer Sparkling memberi rasa segar yang dapat mengaktifkan deria rasa.

Ia dapat memberikan rasa kenyang lebih awal tanpa membebankan perut. Dan sebab ia tak bergula, sesuai sangat untuk dijadikan rutin sebelum makan berat.

[blocksy-content-block id=”2932″]

(3) Kawal pemakanan waktu makan

Makan sambil melihat skrin telefon membuatkan kita tak sedar berapa banyak yang kita sudah makan. Otak memerlukan fokus untuk memproses isyarat kenyang dengan betul. Jadi bila kita makan secara sedar, rasa muak pun kurang muncul. Luangkan masa, nikmati makanan, dan jadikan waktu makan lebih tenang.

Akhiri Rasa Muak dengan Cara yang Betul

Rasa muak bukan saja boleh buat kita rasa tak selesa secara fizikal, tapi juga menggangu mood dan tenaga seharian. Untungnya ia boleh dicegah dan diatasi dengan langkah-langkah mudah seperti yang telah dikongsikan tadi.

Spritzer Sparkling, dengan keunikan rasa segarnya dan kandungan tanpa gula, adalah antara pilihan ideal untuk membantu anda kekal selesa selepas makan.

Jadi, lepas ni bila rasa muak mula datang, anda dah tahu apa nak buat – dengan bijak, tenang dan menyegarkan!

[blocksy-content-block id=”2902″]

[blocksy-content-block id=”2906″]